Jenis Pelanggan

Oh yea... tetiba je aku baru terpikir nak cite pasal jenis pelanggan. Aku mengkategorikan jenis anak dato dan jenis pelanggan bese2x je.

Aku dah beberapa kali cover pelanggan jenis anak dato. Dan persamaan diorang semua nie..... tang payment........ bayar full payment sepantas kilat.

Kalo yang jenis biasa2x nie.. ( tak semua tau ).......tang payment.. adeehhh........ lemau ar....... kawtim lepas abeh majlis bleh bayar........ ada dah 3 bulan berlalu.......bayar pun tak abeh lagi.

Adeh.....kalo aku makan gaji bulan2x ..takpe la jugak. Effect cash flow der..

Masalah third party

Ritu aku ada terima call dari "orang besar". Dia offer aku job last minute. Gi shoot video orang bertunang di Bukit Tunku. Wahh..lazat tuee.. tapi kan.. pling!! tetiba aku cakap dalam hati.. jangan ambik job last minute nie........kang ada problem....Maklumlah ..benda last minute nie tak sempurna baik dari proses sehingga ke outputnya.

Tapi kan... instict tue aku tolak memandangkan beberapa faktor berikut.

1. Award job by "orang besar"

Terma "Orang Besar" yang aku gunakan tue bermaksud "orang besar" itu adalah seseorang yang sememangnya dalam industri iklan dan perfileman lebih dari 10 tahun. Dan di masa akan datang, dia offer aku beberapa job untuk dioutsourcekan kepada aku. Jadi, untuk mengatakan aku tidak boleh atau menolak job tersebut peratusannya rendah.

2. Jenis profile client.

Wah.........clientnye di Bukit Tunku!!. Mesti banyak wangggg...ha3x. Actually, content bagi "brandname" aku tue kekurangan dari aspek video. Jadi disebabkan job nak diaward ini adalah dalam bentuk video........musti la aku mau..

3. Masa itu emas

Disebabkan aku agak kesenangan pada hari itu, untuk terima job adalah amat-amat berbesar hati.

[sambung kembali]
Memandangkan job ini adalah bentuk video...dan video jenis beso tue aku takde, maka aku roger la network aku yang sorang nie untuk bertanyakan "barang" dia tue bleh disewakan tak pada petang tersebut.[aku dicall pada lebih kurang tengahari.gilaaa kan]

Dengan penuh konpidennye, mamat A nie cakap.....barang dia bleh aku pakai. Fuu......masa tinggal 3 jam lagi. Aku pun peng pang peng pottt bersiap untuk ke sana ambik video jenis beso tue........

Tengah otw perjalanan untuk ambik video jenis beso tue... baru gerak dari rumah area PJ menuju ke Putrajaya........aku pun acknowledge mamat A tue aku dah otw ke Putrajaya.

Dengan selamber dia balas, petang nie video dia tak bleh dipakai pulaaa........ Biru muka aku sekejap. Dah la aku cakap kepada "orang besar" tue yang aku bleh terima job tue..selepas aku check ngan mamat A. Boleh plak mamat A tue cakap .......tak bleh pulak. Nak mencarut pun ada......... seb baek la aku nie terdiri dari golongan yang baek punyee.........dan sabar.

Aku parking kereta kat petronas... dengan muka hampir biru kebiruan ..... aku pun roger ngan semua kawan photographer aku dalam tepon tue untuk mintak kot2x diorang atau kawan2x diorang yang bleh terima execute job last minute nie.

Hampir 100% contact aku tak bleh dipakai. Ada yang own video cam jenis beso tue, tapi kat luar.......dan bateri dia pun tak sempat nak caj. Ada yang jauh dan sedang menggunakan video cam tersebut. Ada yang tak berangkat.

100% jenis videographer partime iaitu hari bekerja diorang tak bleh deliver job addhoc...tak dapat nak hadir memandangkan diorang kerja.

DAANN................ada sorang mamat je yang bleh pakai. Dia roger kawan dia.....dan bleh hadir untuk shoot video. Terima kasih buat beliau a.k.a "AT" kerana bleh execute job nie... dan "RA" kerana sudi roger "AT" untuk handle job nie.

Tapi bebbb.........memang biru ar muka aku tue .......... giler ko nok......barang yang aku harapkan .......last minute tak dapat. Sabar yeaa........ Luz Vista......sabar yeak.

Well........time tengah shoot video tue.......takde ape2x masalah.. semua clean and clear.

Dugaan kedua yang datang adalah selepas event dimana output / CD majlis tersebut hendak aku handover kepada client. Selepas majlis ..aku habaq mai kepada client seminggu selepas majlis ..video itu siap untuk handover setelah aku mendapat input dari "AT" yang dia bleh deliver seminggu. Oh yea......majlis tue, client bayar cash tau....... dalam jumlah yang besar. Memang dari aspek payment baik dari pelanggan kepada aku atau kepada "AT" takde masalah. Everything clear.


Setelah 1 hari dari hari yang dijanjikan oleh "AT" kepada aku untuk handover video..aku pun followup kepada dia. Nak dijadikan cerita ... "AT" masuk operation. Well........dalam hal nie..aku mengerti tentang apa yang berlaku kerana kehidupan tidak boleh dijangka. Aku pun dulu begitu juga... mengalami masalah TETIBA AJE BERLAKU.

Setelah aku dicall dari "orang besar" pasal client call dia bertanyakan CD tak terima-terima. Aku memaklumkan kepada dia dan dengan harapan "orang besar" dan client paham situasi yang berlaku.

Oh yea........ operation "AT" tue adalah operation gigi. Mungkin effect sampai sakit ke kepala memandangkan gigi tue paling hampir ke otak dan tak bleh buat kerja.

Setelah consult ngan "AT" .. dia bleh siapkan video tue 5 hari selepas aku terima berita yang dia baru operation.

Dan......hari ini 15 April 2012, aku masih tak terima video tersebut. Petang tadi gua followup kat "AT" dia kata malam kang kul 10 PM aku leh angkat video tersebut kat dia.

Lepas maghrib aku terima call dari kawan kepada yang bertunang bertanyakan video kawan dia. dalam erti kata lain, minah yang bertunang tue soh kawan laki dia tanya kat aku memandangkan aku lelaki.

1/2 jam selepas itu, minah yang bertunang tue hantar kat aku bertanyakan video dia. Aku cakap elok2x yang ada hiccup sedikit memandangkan "AT" baru lepas operation.

Dan..........si "AT" plak cakap dia bleh siap malam/ 3 pagi berikutnya. Adusss....... aku tak paham ngan si "AT" nie........ kalo dia cakap pasal operation hari tue aku bleh terima sebab perkara di luar jangkaan.

Tapi.........bila si "AT" tak dapat nak deliver jam 10 malam.......... aku tak bleh terima..... walhal........ aku sendiri tanya dia .........bila dia bleh siap. Lain laaa.........kalo aku yang setkan tarikh dan masa aku sendiri.

Time ketika aku tengah taip text nie.........aku tengah tunggu dia siap ar....2-3 pagi karang.

Ada dua perkara yang aku jangkakan aku bakal terlepas peluang.

Pertama
--------
Maybe "orang besar" kurang percaya pada kebolehan aku .....dan i'm loosing big job from him on future.

Kedua
------
Maybe aku terlepas peluang untuk close job wedding client bertunang di bukit tunku memandangkan aku lewat / mungkir janji untuk menghantar video dari masa yang ditetapkan oleh pihak aku sendiri.

**Kesimpulan
Semua orang boleh picit kamera/video.. tak semua orang mempunyai etika positif/disiplin untuk memicit kamera/video.

Sekian sahaja pet pot pet pot aku kali ini.

Mahaguru silat



Gua lepak tepi pokok shoot budak tengah bersilat. Mmg dahsyat ar diorang bersilat. Guna pisau betul tue nokk..

Lepas bebudak tue abeh silat tetiba je pakcik tue bersilat.... Peh...dalam hati gua cakap nie mesti mahaguru bagi silat bebudak tadi. Selepas hup hap hup hap pakcik tue bersilat, ramai la orang tepuk tangan.



Dah abeh majlis gua tanya le kat pengantin pasal "mahaguru" tue.. Ahaks.. rupanya pakcik tue jiran sebelah dia. La.........

Alkisahnye pakcik tue menyelit jerr ..... belah pengantin semua tak tahu menahu. tetiba je pakcik tue buat persembahan sendiri.

Ciss.......mati2x aku ingatkan "mahaguru"