Showing posts with label knowledge. Show all posts
Showing posts with label knowledge. Show all posts

Black & White - Kenape perlu

Apabila bercakap tentang fungsi B&W ( Black & White ) di kamera....... ianya adalah salah satu benda yang aku jarang godak godak. Ianya jarang digodak kerana apabila berada di lapangan kerja iaitu shoot pengantin for example ...... priority utama yang aku godak godak adalah aperture, iso dan sthutter speed. Kalau aku godak2x sekali black & white.... sudah tentu fokus perhatian aku akan kurang kepada snapshoot moment2x pengantin.

But ..yesterday..... aku godak kembali fungsi b&w . Kenapa? kerana photoshoot semalam mementingkan kualiti.
Mana tidaknya... bila aku guna mode auto bagi b&w... potrait talent makeup aku semalam jadi putih. walhal..dalam room biasa.. skin tone talent aku tue warna coklat pan asia. Bila aku adjust Kelvin tempreture dalam fungsi b&w dan try beberapa kali ..baru aku dapat tone kulit yang hampir dengan apa yang ku lihat di depan mata.

Inilah yang dinamakan kualiti....

Kenapa perlu lampu studio??

Alkisah disini adalah untuk menceritakan kepada reader semua ..kenapa kita perlu lampu studio. Dah la berat nak bawak kesana kemari.... ambil masa nak setup plak tue..
Cucuk flashlight kat bodi kamera udah le.... yea tak..??

Ritu..sempat jugak gua mengetest perbezaan penggunaan antara menembak guna flashligh onshoe dan menembak guna lampu studio. Lets shoottttt....... bammmm...baammmm...baammm...


Comel tak talent gua kali nie..ha3x..
So... mode menembak yang gua gunakan untuk hasilkan gambar diatas adalah penggunaan flash secara onshoe...dan menembak direct menggunakan flash diffuser secara vertical. Setelah menembak...hoihh..tak semenggahnye gambar.. ada plak shadow terbentuk di sisi subjek.

-adikk kichiikk.......senyum lah sikittt.........-

Alang2x dah flash on shoe, apa kata gua kalo membuat bounce ke atas aje... cahaya yang turun pun nampak sekata.. bammmm..gua shoot sedas...

Well..gambar nampak okey gak kali ni.. macam gambar kat bawah nie



Cuma... ada 2 kelemahan pada gambar nie.... iaitu:

a. gambar nampak yellowish ( aku bantai nyebut je yellowish tue..ha3x )
b. garisan lipatan backdrop nampak terserlah.

yang gambar nampak yellowish tue.... gua rasa sebab dipengaruhi oleh dinding room taska yang dicat kuning..sebab tue dia jadi lagu tue..

mari kite tengok... ape kata kalo gua shoot pakai lampu studio. Letak lampu di kiri dan kanan subjek.. dan gua shoot seketoi...

Tarraaa..........amacam ..kachak tak gambar seperti kat bawah nieh.


Kalo korang bandingkan gambar yang sebelumnya.. pasti korang bleh nampak perbezaannye kan..

Warna gambar dan subjek nampak tough.....garisan lipatan pada backdrop tue pun nampak macam takde...

So.. itulah perbezaan yang boleh kita nampak kalo pakai flash dan lampu studio.... Selamat beramal yea..

Asyik nak salah photographer??

Benonye.. dah banyak kali gua nampak kisah dimana gambar yang disnap oleh photographer tue hancuss ... gambar tak kasi dalam tempoh yang agak lama lantas membuatkan client mengamuk sampai remove friends dalam facebook, album tak siaplah dan lain-lain lagi sehinggan seribu penyesalan dan kekesalan terdengar dari mulut pelanggan.

Bila kes macam nie terjadi.... apa boleh buat.. gua ucapkah tahniah lah kepada pelanggan yang menerima "senggugut" macam ini kerana gambar kawin sekali seumur hidup..KAPUTT..

Dalam kes ini, ..sudah tentulah yang salah itu pelanggan. Sebab pelangganlah yang mempunyai kuasa mandatori untuk memilih photographer....

Gambar2x bertempek di dalam Wisma TV Angkasapuri

.. baru balik dari Wisma TV Angkasapuri.
.. first time masuk dalam situ.
.. sebelum ini lalu naik moto/keta kat tepi pagor kat highway NPE situh.

anyway.. gua bukan mau bercakap dari aspek bangunan, awek cun melecun atau abang2x polis kasi pass pelawat kat situ. kat dalam entry nie gua mau bercakap dari aspek .. khazanah berharga iaitu kepingan gambar yang di tempek di tepi dinding kat belah studio 2 dan bilik makeup sana.

While waiting seseorang tue.. gua sempat usha2x kepingan gambar sana. Antara gambar yang melekap dalam ingatan adalah gambar yang nyanyi lagu uncle nyanyi lagu pilihanraya yang berbunyi yang macam kat bawah nieh



Maklumat yang tertera kat bawah tue ... telah membina pengetahuan baru dalam kepala gua. Mana taknya..ingatkan lelaki cakap utara tue just hanya pelakon. Rupanya dia juga seorang somebody dalam RTM.kui3x..tak silap gua.. dia adalah pengarah.. [betulkan gua kalo tersilap kasi info]

Gua tertanya-tanya juga dalam hati apabila gua terlihat gambar pemenang band2x dulu seperti "band titiwangsa" dan ... ada satu band lagi satu yang gua tak ingat namanya. tetapi ingat dalam kepala bentuk pakaian mereka. Tak silap band tue.. era tahun 60 an.... dengan berpakain ala2x macam kat bawah. Kalo dah gambar lama..dah tentu gambar nya berwarna hitam putih.



Ingatan gua juga terlepak kepada gambar Salleh Yaakob pada tahun 90an. Gambar dah macam oldskool skit. ha3x... Time tue ..gua tengok Salleh Yaakob macam muda lagi..

Tapi. ape2x pun... memang gambar-gambar yang ditempek kat dinding area situ membina pengetahuan baru bagi generasi baru macam gua.

Dalam hati gua..alangkah bagusnya gambar2x itu dapat dipaparkan untuk tontonan satu dunia khususnya kepada rakyat Malaysia.. supaya cara kerja,senario yang berlaku pada tika itu dapat memberi kesan kepada kita bahawa apa yang ada sekarang adalah terhasil dari yang terdahulu

Buat jurufoto-jurufoto yang merakamkan gambar-gambar itu... jutaan terima kasih kerana tanpa mereka, tiada pengetahuan "baru" untuk generasi yang akan datang.

DIRGAHAYU MALAYSIA!!!

mane korang suke, guna reflector atau diffuser pada speedlite?

Tajuk kat atas adalah soalan yang datang dari member gua dalam facebook.
Teman kupas soalan dier supaya..kite sama2x dapat tontong idea dan pemahaman.

caption : gambar kat atas adalah reflector

kegunaan :

reflector adalah satu benda alah yang memantulkan cahaya. nak pakai reflector yang beli kat kedai pun boleh, nak pakai softboard warna putih pun boleh, nak pakai atap zink pun boleh. asalkan benda alah tue bleh memantulkan cahaya.

caption : gambar kat atas adalah diffuser pada speedlite

kegunaan :

diffuser yang cocok kat kepala speedlite tue adalah benda alah yang melembutkan cahaya apabila terkena subjek.

kembali pada soklan diatas...

jadi.. merujuk kepada soklan mane korang suke tue.... jawapan gua yang gua gunakan adalah "bergantung kepada keadaan cahaya" dan "apa yang kita nak hasilkan"


katakan kita merujuk kepada diatas....minah salleh tue tercongok kat di bawah pohonan yang rimbun ( nampak daun kat tepi atas minah salleh tue?? )....

kita bleh bahagikan kepada 3 senario apa bila kita tembak.

1st keadaan adalah tembak guna kamera SAHAJA
2nd tembak guna reflector
3rd ...adalah tembak guna diffuser.

1st senario : tembak guna kamera SAHAJA.

katakan kita hanya ada kamera sahaja. apabila subjek tercongok bawah pohonan yang rimbun.. sudah tentu kita akan mendapat hasil subjek yang ratio pencahayaan yang agak malap di subjek dan terang di belah semak2x belakang sana...( kalo merujuk kepada gambar minah diatas ).

2nd senario : tembak guna reflector.

kalo kita nak maintain gambar belah kiri minah tue ada shadow .ala....macam gambar minah salleh yang di belah kiri tue ...dan overbright skit di belah kanan subjek.. kita bleh letak reflector di belah kanan subjek bagi memantulkan sumber cahaya ( contoh : cahaya matahari atau cahaya flash ) .

3rd senario : tembak guna diffuser.

kalo kita mahukan 100% subjek tue mempunyai tahap kecerahan yang samarata, penggunaan diffuser amatlah digalakkan..hasilnya kita akan mendapat gambar subjek minah salleh yang dibelah kanan tue ..

tulah jawapan sekupang lima duit dari teman .. kui3x

er.. korang paham? tak paham...... nak tet tot tet tot ngan gua lebih panjang pun jadilah..hu3x..