Black & White - Kenape perlu

Apabila bercakap tentang fungsi B&W ( Black & White ) di kamera....... ianya adalah salah satu benda yang aku jarang godak godak. Ianya jarang digodak kerana apabila berada di lapangan kerja iaitu shoot pengantin for example ...... priority utama yang aku godak godak adalah aperture, iso dan sthutter speed. Kalau aku godak2x sekali black & white.... sudah tentu fokus perhatian aku akan kurang kepada snapshoot moment2x pengantin.

But ..yesterday..... aku godak kembali fungsi b&w . Kenapa? kerana photoshoot semalam mementingkan kualiti.
Mana tidaknya... bila aku guna mode auto bagi b&w... potrait talent makeup aku semalam jadi putih. walhal..dalam room biasa.. skin tone talent aku tue warna coklat pan asia. Bila aku adjust Kelvin tempreture dalam fungsi b&w dan try beberapa kali ..baru aku dapat tone kulit yang hampir dengan apa yang ku lihat di depan mata.

Inilah yang dinamakan kualiti....

Portfolio Jurugambar

Dari dulu gue nak pet pot pet pot pasal portfolio seorang jurugambar....... tapi dek kerana tidak mempunyai kekuatan kengkawan yang mempunyai portfolio yang berbeza.....maka takde le gue pet pot pet pot.........

Selama 2 tahun menjadi jurugambar yang independence a.k.a tak makan gaji dah....... so.....kengkawan yang mempunyai portfolio berbeza pun dah ramei.....

Apekebende portfolio yang gue maksudkan?

Maksudnye.......... contoh macam gue yang core businessnye atau pun dalam bahasa mudah .....selalu shoot gambo orang kawin...... kawan aku yang lagi sorang......... asyik shoot gambo orang yang berada di tepi jalanan..........dan yang sorang lagi asyik shoot gambo pompuan2x di dalam studio.


Perbezaan portfolio nie membawa maksud yang ketiga tiga orang seperti yang gue mention diatas mempunyai tahap human interest yang berbeza.

Kalo macam aku......... human interest yang aku rajin snap adalah wedding. Ini kerana...... aku menjalankan perniagaan wedding photography....... Kalo aku tak snap gambo wedding.....cammano aku nak mahsyuk ma....... Ce kalo aku rajin tangkap gambo kucing je selalu...... kemana hala pulak aku forward gambar2x aku tue supaya wang besar masuk ke kocek/akaun maybank aku?????


Kalo macam kawan aku yang aku mention shoot gambo orang berada di tepi jalanan.....adalah disebabkan dia hanya mengangkat kamera untuk picit2x tangkap gambo atas nama seni. Lagi berkedut2x orang yang dia snap dalam gambo tue......lagi baguih....... Shoot untuk berseni dan ianya memberi kepuasan kalo dapat gambo yang mempunyai nilai artistik.


Dan yang lagi sorang ....iaitu shoot gambo pompuan2x di dalam studio......mamat nie selalu je up gambo talent2x yang bleh dikatakan berdarah hidung la jugak. Ini berlaku kerana .....geng aku yang sorang nie......dah invest RM untuk setup studio. Mau tak mau....... mesti ar dia menggunakan studio dia sebaik mungkin.... Kalo macam hang ( pembaca sekali ) pun.....elok2x beli kereta evo dengan harga beriban riban dengan cash.... takkan mau sewa beli pulak kereta kancil pulak.. yea dokkk!!

Dan ketiga tiga contoh individu yang gue sebutkan diatas....mempunyai SOP ( standard of procedure ) memasing...... atau dalam bahasa mudahnya.... cara kerja yang rutin . Dan apabila masing2x mempunyai cara kerja rutin itu telah didapati....... suruh le mana2x satu individu yang tadi...shoot portfolio yang berbeza...... pasti hanya 30% gambarnya menjadi....

Contoh macam jurugambar portfolio studio....pasti gambo senget benget....atau under/expose bile mengejoin diri dalam arena kenduri kawin.

Itulah je pot pet pot pet gue kali ini. Selamat memicit punat kamera yukk..