Malay Wedding & Portrait Photographers (MWPP)

Alhamdulillah sempat gua mengejoinkan diri ke First Annual Grand Meeting Malay Wedding & Portrait Photographers (MWPP) di dewan Auditorium FRIM pada 16 Feb 2012.

Disebabkan ruang masa yang amat terhad untuk berkata-kata dan melontarkan pandangan semalam, maka gua up artikel ini untuk pet pot pet pot pasal event semalam.

Pertama sekali gua mengucapkan syabas dan tahniah kepada
individu-individu yang initiate idea untuk mengadakan persatuan sebegini dan seterusnya meletakkan semangat kental untuk terus mendaftarkan persatuan ini under Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Tanpa mereka, mustahil Annual Grand Meeting ini diadakan semalam dan seterusnya meletakkan agenda untuk memperkasakan ekonomi orang Melayu dalam kek ekonomi industri kreatif.

Dan keduanya, gua ucapkan syabas kepada semua ahli2x yang telah dilantik untuk menerajui Malay Wedding & Portrait Photographers (MWPP) . Semoga dengan lantikan korang menyuntik semangat baru dan menyemarakkan industri kreatif ini.

Sebagai orang luar yang first time hadir ke kelompok komuniti ini, gua rasa orang2x yang bersungguh2x untuk mengadakan Malay Wedding & Portrait Photographers (MWPP)ini adalah orang yang ingin maju bukan hanya kepada diri sendiri, tetapi juga untuk nusa dan bangsa.

Syabas diucapkan.

Caption Gambar : Ahli-ahli yang hadir. Aku yang mana? Korang carilah sendiri .har3x


Caption Gambar : Mendengar proses pemilihan ajk sehingga ke presiden

No comments:

Post a Comment