Payment Tidak Setimpal

Hari nie gua telah terima email dari seorang ex-client gua.
Terima kasih kepada beliau kerana sudi forward job shoot event "batch ex SBP" ( Sekolah Berasrama Penuh ) yang akan datang.

Requirement yang diperlukan adalah shoot selama 3 hari ( rujuk tentative seperti dibawah )



dan bilangan photographer yang penganjur event perlukan adalah 3 orang.
Gambar diberi dalam bentuk CD ( Shoot & Burn )

Nilai yang diorang peruntukkan adalah..................... RM 1K.

Glupp......... siyess, peruntukan mereka adalah tidak setimpal dengan kerja 3 orang photographer yang meluangkan masa untuk merakamkan detik2x diorang.

Kalau ikut bandingan pembayaran perevent majlis pertunangan (event perseorangan ) bagi seorang photographer, nilai keseluruhan bagi 3 majlis tersebut adalah jauh lebih besar dari yang mereka tawarkan.

Batch sekolah yg nak buat reunion nie, dengar namanya......satu Malaysia kenal.. Bapak gua dulu ngajar kat sekolah situ.Gua juga membesar dari lahir sehinggalah sekolah darjah 4 , semuanya di sekolah situ. Jadi, gua tahu secara kasar mereka ini dari golongan mana.

Dan.......... gua juga bersekolah setaraf dengan sekolah yang sama "batch ex SBP". Jadi secara relatifnya, gua tahu how good they are.

Cuma bila diorang peruntukkan nilai 1K untuk cover event diorang. Gua rasa diorang ini tidak mampu memikirkan kewajaran dalam dunia sebenar. Dalam erti kata lain, perutukan yang diorang buat adalah secara "Rasa Rasa Sahaja"

Oh yea, penulisan ini bukanlah ditujukan kepada keseluruhan old boys sekolah tersebut, tetapi hanya kepada penganjur yang terdiri dari batch yang sama bagi sekolah tersebut.

Dan............gua bukan up artikel ini untuk memalukan mana-mana pihak. Tetapi gua up artikel ini untuk memberitahu kepada orang ramai tentang kewajaran mereka membuat keputusan terutama dalam soal kewangan.

No comments:

Post a Comment