Bang!! Kamera Ape Yang Bagus

Seringkali gua ditanya macam tajuk diatas iaitu 'Bang!! Kamera Ape Yang Bagus'

Jawapannya mudah aja. Kenalpasti objektif/matlamat penggunaan kamera especially DSLR. Ini penting kerana belian peralatan kamera especially DSLR adalah tinggi.

Cerapan yang saya amati trend sekarang, ramai yang jual DSLR. antaranya:

1) ingin kan quick money kerana tiada duit.
2) Upgrading kamera ke model / brand lain.
3) kamera/aksesori tidak lagi dipakai.

Kenape perlu kenalpasti objektif/matlamat penggunaan kamera. Sebab dari objektif/matlamat lah mampu menjimatkan kos yang ada. Sebagai contoh, katakan saya gemar snap gambar jalanan sebagai contoh. Belian flash SB 900 adalah membazir kerana tahap penggunaannya yang minima. Lebih baik beli flash murah seperti YN560. Ingat!! gambar yang cantik bukan bergantung kepada kamera.

Mari kita tengok contoh yang lain. Katakan objektif/matlamat mahu menggunakan kamera untuk snap gambar studio. Kamera brand murah boleh dibeli. Kerana kekuatan gambar studio adalah bergantung kepada cahaya. Lampu studio dan aksesorinya amatlah digunakan semaksima yang mungkin.

Ramai yang memberikan jawapan semata-mata untuk keseronokan memegang kamera terutama jenis DSLR. Oleh yang sedemikian, belilah kamera yang DSLR  murah terdapat di pasaran. Pergi kedai jual DSLR dan tanya model apa yang dijual.

Jika mempunyai wang berkepuk kepuk. apa salahnya membeli model kamera yang jenis mahal bukan?

Entry saya berkenaan lens.

No comments:

Post a Comment