Why Berpersatuan

Dunia ini luas. Terlalu luas. Peratusan keluasan negara Malaysia adalah 0.064782227% dari keluasan seluruh dunia.Ini menunjukkan 99.93521777% keluasan di seluruh dunia yang wajar kita eksplore. Dalam aspek market fotografi, masih lagi banyak segmen market boleh diterokai. Dalam bidang pengiklanan sahaja, makan pun tak perabih kalau perkhidmatan kita dapat meneroki pasaran antarabangsa.

Soalan disini, bagaimana kita mahu perkhidmatan kita menembusi antarabangsa. HOW??

Dalam perniagaan terma peluang haruslah dieksplotasi dengan lebih agresif. Apa sahaja peluang yang ada, wajar diterokai. Jadi atau tidak ..belakang cerita. Once jadi........itu namanya success story.

Langkah menjalankan perniagaan fotografi adalah langkah pertama. Bermula dengan one man show, gua mengorak langkah.2 year gua telah running biz in photography. Alhamdulillah dengan rezeki yang tuhan bagi.

Angka 2 tahun tue.. adalah tahun yang kritikal kerana semuanya adalah bermula dari zero. Tiada segmen market didefinasikan. Gambar pun...takde la hardcore sangat.Nama/branding pun tak orang tak kenal.

Sepanjang 2 tahun menjalankan perniagaan berasaskan fotografi guna nampak jaringan sesama individu (network) adalah intipati utama dalam menjalankan perniagaan. Tanpa rangkaian, produk atau perkhidmatan kita tidak dapat mengorak langkah untuk menembusi market.

Semuanya akan berlaku jika rangkaian kita cantik. Rangkaian yang dimaksudkan adalah dari kawan-kawan, sanak saudara dan lain-lain. Kebarangkalian untuk mendapatkan rangkaian yang tinggi bermaksud kadar penembusan kepada market juga akan tinggi. Dalam erti kata lain........mahsyuk ma.

So.......... dengan adanya pertubuhan ......gua rasa .......kebarangkalian kita untuk menembusi market adalah lebih tinggi. Oleh itu marilah kita bersama-sama move forward untuk kita terus berjihad di dalam bidang ekonomi.

Oleh sedemikian, gua meletakkan visi dan misi seperti ini

Visi : Menjadi pertubuhan fotografi bertaraf dunia
Misi : Menguasai pasaran antarabangsa


Selamat berfotografi semua...

No comments:

Post a Comment