Gambar2x bertempek di dalam Wisma TV Angkasapuri

.. baru balik dari Wisma TV Angkasapuri.
.. first time masuk dalam situ.
.. sebelum ini lalu naik moto/keta kat tepi pagor kat highway NPE situh.

anyway.. gua bukan mau bercakap dari aspek bangunan, awek cun melecun atau abang2x polis kasi pass pelawat kat situ. kat dalam entry nie gua mau bercakap dari aspek .. khazanah berharga iaitu kepingan gambar yang di tempek di tepi dinding kat belah studio 2 dan bilik makeup sana.

While waiting seseorang tue.. gua sempat usha2x kepingan gambar sana. Antara gambar yang melekap dalam ingatan adalah gambar yang nyanyi lagu uncle nyanyi lagu pilihanraya yang berbunyi yang macam kat bawah nieh



Maklumat yang tertera kat bawah tue ... telah membina pengetahuan baru dalam kepala gua. Mana taknya..ingatkan lelaki cakap utara tue just hanya pelakon. Rupanya dia juga seorang somebody dalam RTM.kui3x..tak silap gua.. dia adalah pengarah.. [betulkan gua kalo tersilap kasi info]

Gua tertanya-tanya juga dalam hati apabila gua terlihat gambar pemenang band2x dulu seperti "band titiwangsa" dan ... ada satu band lagi satu yang gua tak ingat namanya. tetapi ingat dalam kepala bentuk pakaian mereka. Tak silap band tue.. era tahun 60 an.... dengan berpakain ala2x macam kat bawah. Kalo dah gambar lama..dah tentu gambar nya berwarna hitam putih.



Ingatan gua juga terlepak kepada gambar Salleh Yaakob pada tahun 90an. Gambar dah macam oldskool skit. ha3x... Time tue ..gua tengok Salleh Yaakob macam muda lagi..

Tapi. ape2x pun... memang gambar-gambar yang ditempek kat dinding area situ membina pengetahuan baru bagi generasi baru macam gua.

Dalam hati gua..alangkah bagusnya gambar2x itu dapat dipaparkan untuk tontonan satu dunia khususnya kepada rakyat Malaysia.. supaya cara kerja,senario yang berlaku pada tika itu dapat memberi kesan kepada kita bahawa apa yang ada sekarang adalah terhasil dari yang terdahulu

Buat jurufoto-jurufoto yang merakamkan gambar-gambar itu... jutaan terima kasih kerana tanpa mereka, tiada pengetahuan "baru" untuk generasi yang akan datang.

DIRGAHAYU MALAYSIA!!!

No comments:

Post a Comment