mane korang suke, guna reflector atau diffuser pada speedlite?

Tajuk kat atas adalah soalan yang datang dari member gua dalam facebook.
Teman kupas soalan dier supaya..kite sama2x dapat tontong idea dan pemahaman.

caption : gambar kat atas adalah reflector

kegunaan :

reflector adalah satu benda alah yang memantulkan cahaya. nak pakai reflector yang beli kat kedai pun boleh, nak pakai softboard warna putih pun boleh, nak pakai atap zink pun boleh. asalkan benda alah tue bleh memantulkan cahaya.

caption : gambar kat atas adalah diffuser pada speedlite

kegunaan :

diffuser yang cocok kat kepala speedlite tue adalah benda alah yang melembutkan cahaya apabila terkena subjek.

kembali pada soklan diatas...

jadi.. merujuk kepada soklan mane korang suke tue.... jawapan gua yang gua gunakan adalah "bergantung kepada keadaan cahaya" dan "apa yang kita nak hasilkan"


katakan kita merujuk kepada diatas....minah salleh tue tercongok kat di bawah pohonan yang rimbun ( nampak daun kat tepi atas minah salleh tue?? )....

kita bleh bahagikan kepada 3 senario apa bila kita tembak.

1st keadaan adalah tembak guna kamera SAHAJA
2nd tembak guna reflector
3rd ...adalah tembak guna diffuser.

1st senario : tembak guna kamera SAHAJA.

katakan kita hanya ada kamera sahaja. apabila subjek tercongok bawah pohonan yang rimbun.. sudah tentu kita akan mendapat hasil subjek yang ratio pencahayaan yang agak malap di subjek dan terang di belah semak2x belakang sana...( kalo merujuk kepada gambar minah diatas ).

2nd senario : tembak guna reflector.

kalo kita nak maintain gambar belah kiri minah tue ada shadow .ala....macam gambar minah salleh yang di belah kiri tue ...dan overbright skit di belah kanan subjek.. kita bleh letak reflector di belah kanan subjek bagi memantulkan sumber cahaya ( contoh : cahaya matahari atau cahaya flash ) .

3rd senario : tembak guna diffuser.

kalo kita mahukan 100% subjek tue mempunyai tahap kecerahan yang samarata, penggunaan diffuser amatlah digalakkan..hasilnya kita akan mendapat gambar subjek minah salleh yang dibelah kanan tue ..

tulah jawapan sekupang lima duit dari teman .. kui3x

er.. korang paham? tak paham...... nak tet tot tet tot ngan gua lebih panjang pun jadilah..hu3x..

2 comments:

  1. okok.. boleh paham.. :)
    saya mula suka guna reflector.. ringan dan berkesan bila guna dgn cara yang betul..

    ReplyDelete
  2. kalo boring2x.. reflector tue kite bleh baling macam ala2x Frisbee..

    ReplyDelete